Monday, January 23, 2012

Penang Port yakin kren RM56 juta tingkat kecekapan kendali kontena - BERITA HARIAN


Pelabuhan pertama miliki RMG

Oleh Fazli Abdullah
bhbiz@bharian.com.my
2012/01/23

Penang Port yakin kren RM56 juta tingkat kecekapan kendali kontena 

PELABUHAN Pulau Pinang menjadi pelabuhan pertama di Malaysia dan rantau Asia Tenggara memiliki kren gantri muatan berlandasan (RMG) yang membabitkan pelaburan RM56 juta untuk meningkatkan kecekapan pengendalian kontena.

Kini, lapan kren RMG buatan Taiwan siap dipasang dan dijangka beroperasi kira-kira dua bulan lagi, selepas pentauliahan daripada pihak berkuasa.

Ketua Pegawai Operasi Penang Port Sdn Bhd (Penang Port), Obaid Mansor, berkata kren RMG adalah sebahagian daripada peralatan baru bagi membolehkan Pelabuhan Pulau Pinang terus relevan, berkembang dan berdaya saing.

Pemilikan peralatan itu adalah sebahagian daripada proses pembangunan Pelabuhan Pulau Pinang membabitkan peruntukan RM1.2 bilion. Kira-kira 30 peratus daripada peruntukan itu digunakan untuk membeli peralatan.

Kren RMG yang menggunakan kuasa elektrik, membolehkan pengendalian kontena dilakukan lebih mudah, bersih, cepat dan cepat. Wakil beberapa pelabuhan turut meninjau penggunaan peralatan itu.

“Pemilikan kren RMG adalah kebanggaan kami dan peralatan ini sebahagian daripada rancangan menjadikan Pelabuhan Pulau Pinang sebagai pelabuhan utama di rantau ini dan mampu mengendalikan kontena dua juta TEU pada 2015,” katanya kepada Berita Harian di Pulau Pinang, baru-baru ini.

Selain kren RMG, Pelabuhan Pulau Pinang juga mempunyai tujuh kren gantri, Post Panamax yang berharga RM25 juta setiap satu.

Obaid berkata, Pelabuhan Pulau Pinang juga mempunyai sistem pengurusan kontena berintegrasi tinggi dikenali sebagai PELKON, yang bermula dengan PELKON 1 pada 1985, PELKON 2 (1996) dan PELKON 3 (2006).

Sementara itu, Obaid berkata, Pelabuhan Pulau Pinang mengendalikan 1.198 juta unit bersamaan 20 kaki (TEU) kontena pada tahun lalu, peningkatan 8.38 peratus berbanding 1.106 juta pada 2010.

“Berikutan peningkatan itu, Penang Port menyasarkan pertumbuhan pengendalian kontena 7.4 peratus tahun ini kepada 1.278 juta TEU,” katanya.

Wednesday, January 11, 2012

“Sepetang Bersama Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif”



Penang Port organised “Sepetang Bersama Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif” with staff from SBU Cargo at Butterworth Wharves. 






Wednesday, November 23, 2011

Penang Port organized Long Service Award and Service Excellence Award



Penang Port organized Long Service Award and Service Excellence Award at Ixora Hotel, Butterwort

Wednesday, November 16, 2011

Penang Port participated in the Cruise Shipping Asia conference and exhibition



Penang Port participated in the Cruise Shipping Asia conference and exhibition at Marina Bay Sands, Singapore. 

Thursday, October 6, 2011

'Training Hazardous Chemical Spills’







Penang Port held 'Training Hazardous Chemical Spills’ in conjuction with Occupational, Safety and Health, Security and Fire Campaign at Butterworth Wharves.

Monday, October 3, 2011

Health screenings in conjunction with Safety and Health, Security and Fire Bridged Campaign






Penang Port organised free medical check up for its staff and port's customers in conjunction with Occupational, Safety and Health, Security and Fire Campaign at North Butterworth Container Terminal.

Saturday, September 10, 2011

Penang Port Open House 2011 in conjunction with the Hari Raya Aidilfitri celebrations








Penang Port hosted its open house in conjunction with Hari Raya Aidilfitri celebrations for employees and corporate customers together with their respective families at Tanjong City Marina.