Wednesday, February 29, 2012

3rd. Penang International Halal Expo & Conference

24 - 26 February 2012


Penang Port participated in the 3rd. Penang International Halal Expo & Conference at Penang International Sports Arena (PISA). 




Monday, February 13, 2012

MMC Corp pemilik baru PPSB


MMC Corp pemilik baru PPSB
Oleh Ahmad Farizal Hajat
ahmadfarizal@bharian.com.my
2012/02/13

pix_gal0
Bidaan, cadangan bertepatan dalam usaha perbesar operasi Penang Port

MMC Corporation Bhd (MMC Corp) bakal muncul pemilik baru Penang Port Sdn Bhd (PPSB), iaitu pengendali pelabuhan tertua di Malaysia.

Sumber industri berkata, pengumuman mengenainya dijangka dibuat dalam tempoh terdekat ini kerana kerajaan dikatakan telah berpuas hati dengan bidaan yang dikemukakan MMC Corp, khususnya dari segi harga, rancangan serta kemampuannya untuk merubah pelabuhan itu menjadi sebuah pelabuhan pilihan utama.
Katanya, berbanding pembida lain, bidaan dan cadangan MMC Corp amat bertepatan dalam usaha memperbesarkan lagi operasi Penang Port, sekali gus muncul sebagai hab logistik di wilayah utara.

“Selepas hampir dua tahun mencari syarikat yang sesuai mengambil alih PPSB daripada Kementerian Kewangan dalam satu proses saringan yang ketat, kerajaan bersetuju memilih MMC Corp sebagai pemilik baru PPSB dan pengumuman rasmi mengenainya akan dibuat dalam tempoh terdekat,” katanya kepada Berita Harian di Kuala Lumpur.

Selain MMC Corp, sebuah lagi syarikat iaitu Oriental Pearl Harbour Sdn Bhd yang dikuasai usahawan Datuk Siew Ka Wei turut mengemukakan bidaan bagi mengambil alih pelabuhan itu.

Sumber industri itu tidak dapat menyatakan harga bagi pengambilalihan itu, tetapi katanya, antara sebab utama kerajaan memilih MMC Corp ialah berdasarkan kemampuan, pengalaman serta kedudukannya sebagai pemilik dan pengendali pelabuhan terbesar di Malaysia. 
“Semua orang tahu prestasi MMC Corp dalam menguruskan dua pelabuhannya iaitu Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dan Johor Port yang terletak di selatan tanah air.

“Kedua-dua pelabuhan itu kini berkembang pesat dan muncul sebagai pelabuhan yang amat berdaya saing, khususnya dari segi menawarkan perkhidmatan yang telah memikat hati syarikat perkapalan tempatan dan antarabangsa.

“Justeru, pemilihan MMC Corp amat bertepatan kerana kerajaan ingin melihat Penang Port yang kini berdepan pelbagai kesukaran kembali mendapat perhatian di kalangan syarikat perkapalan, sekali gus menjadi hab logistik di wilayah utara,” katanya sambil menambah selain membeli ekuiti dalam PPSB daripada Kementerian Kewangan, MMC Corp turut akan mengambil alih perkhidmatan pengangkutan feri Pulau Pinang.

Nama MMC Corp mula diperkatakan pada pertengahan 1990 apabila ia berjaya menarik masuk AP Moller-Maersk Group (Maersk), syarikat perkapalan kontena terbesar dunia yang berpangkalan di Copenhagen, Denmark; dan Evergreen dari Taiwan untuk memindahkan operasi perkapalan serantau mereka ke Johor daripada Singapura.

Penang Port yang dimiliki Kementerian Kewangan Diperbadankan, mengendalikan Pelabuhan Pulau Pinang sejak 1994 selepas mengambil alih peranannya daripada Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP).

SPPP kini hanya bertindak sebagai badan kawal selia ke atas pelabuhan itu.