Thursday, May 17, 2012

LAWATAN DARI TADIKA SRI BESTARI KHTP, KULIM

Seramai 30 kanak-kanak bersama guru pengiring dari Tadika Sri Bestari KHTP, Kulim telah mengadakan lawatan ke Terminal Feri Sultan Abdul Halim. Mereka berpeluang untuk menaiki feri dan diberi pendedahan tentang perjalanan feri.







Sunday, May 13, 2012

Rakaman rancangan Detik Tragik terbitan TV3



sekitar rakaman lakonan semula Detik Tragik TV3 di Terminal Feri Pangkalan Sultan Abdul Halim

Pada 8 dan 10 Mei 2012, Penang Port telah terlibat dalam rakaman rancangan Detik Tragedi terbitan TV3 yang akan ditayangkan awal bulan Jun 2012. Penang Port telah dipilih sebagai salah sebuah lokasi rakaman Detik Tragik yang mengisahkan sejarah tragedi Terminal Feri Pangkalan Sultan Abdul Halim runtuh dan mengorbankan lebih 20 nyawa orang awam. Lakonan semula yang dijayakan oleh kakitangan Penang Port berdasarkan sumber maklumat kakitangan terlibat pada hari kejadian telah dirakamkan demi menggambarkan detik sebenar ketika peristiwa hitam tersebut berlaku. Rancangan 13 episod ini bakal memaparkan insiden dan tragedi yang pernah menggemparkan negara suatu masa dahulu. Selain daripada tragedi terminal feri runtuh di Pulau Pinang, peristiwa tsunami turut menjadi salah satu episod Detik Tragik dalam penjelajahan wartawan dan krew TV3 ke utara tanah air. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua kakitangan Penang Port yang terlibat dalam menjayakan sesi rakaman ini.

Keterangan lanjut mengenai rancangan Detik Tragik TV3, sila klik pautan ini:  http://www.tv3.com.my/schedule/comingsoon/Detik_Tragik.html