Friday, March 30, 2012

MD Office kuasa baru Penang Port

Harian Metro_30 Mac 2012

MD Office kuasa baru Penang Port


Oleh Muhamad Yusof Ibrahim
am@metro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
PASUKAN MD Office muncul juara Kejohanan Futsal CSU/SBU anjuran Penang Port selepas menewaskan pasukan Cargo ‘C’, 2-1 pada perlawanan akhir yang diadakan di Safira Sports Planet Seberang Jaya, Pulau Pinang, baru-baru ini.
Kejayaan itu membolehkan pasukan MD Office membawa pulang piala pusingan, piala iringan dan baucer bernilai RM70 setiap pemain. Naib juara, Cargo ‘C’ terpaksa berpuas hati dengan membawa pulang piala iringan dan baucer RM60 kepada setiap pemain.

Pasukan Keselamatan A dan pasukan Classique pula hanya mampu meraih tempat ketiga serta keempat dan membawa pulang piala iringan dan baucer bernilai RM50 kepada setiap pemain.

Hadiah kepada semua pemenang disampaikan Pengarah Urusan Penang Port Sdn Bhd (Penang Port), Datuk Ahmad Ibnihazar.

Dalam ucapannya, beliau berkata, berdasarkan sambutan diterima di kalangan kakitangan Penang Port kejohanan terbabit akan dijadikan acara tahunan sekali gus memberi peluang kepada pemain mempamerkan kemahiran masing-masing.

Sementara itu, Setiausaha Penang Port, Noor Rahim Abdul Wahab berkata, kejohanan itu diadakan untuk mengeratkan lagi hubungan sesama kakitangan dari jabatan yang ada di syarikat itu.


Menurutnya, kejohanan itu juga menjadi medan terbaik untuk pegawai dan kakitangan yang mempunyai minat dalam sukan itu bertemu serta beriadah secara sihat.

No comments:

Post a Comment